PERCUMA Vaksin HPV Untuk Wanita Warganegara Malaysia Yang Lahir Pada Tahun 1991-1996

  • Perhatian untuk wanita yang warganegara Malaysia, kini anda boleh mengambil suntikan vaksin HPV secara PERCUMA!

      • Image via
    • Selaras dengan program vaksinasi HPV percuma yang dilakukan setiap tahun, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengumumkan bahawa untuk edisi 2018, program ini dibuka untuk wanita yang belum berkahwin dan juga lahir pada tahun 1991 hingga 1996 (22 hingga 27 tahun pada 2018), untuk warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.

      Anda boleh mendaftar untuk program vaksinasi di mana-mana  LPPKN di seluruh negara.

  • Syarat kelayakan untuk program ini adalah seperti berikut:

      1. Dilahirkan pada tahun 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996
      2. Bujang dan belum pernah berkahwin
      3. Tidak hamil
      4. Tidak mempunyai alergik yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan perubatan segera

      Namun, jika anda sudah berkahwin dan lahir sebelum tahun 1991, anda masih boleh mendapatkan suntikan vaksin ini dengan harga RM540 untuk keseluruhan (RM180 setiap suntikan).

  • Ini antara perkara penting yang anda perlu tahu sebelum mengambil suntikan vaksin ini:

      • Image via
      • Anda mungkin perlu membayar RM15 untuk pemeriksaan kesihatan segera di klinik.
      • Anda akan menerima 3 suntikan vaksin HPV dalam tempoh enam bulan (jarak suntikan pertama dan kedua adalah satu bulan), manakala suntikan ketiga akan diterima enam bulan selepas suntikan pertama.
      • Anda tidak boleh hamil dalam masa satu tahun selepas menerima suntikan.
      • Perkhidmatan vaksin hanya tersedia pada hari-hari tertentu dalam jangka masa tertentu yang mungkin berbeza di setiap cawangan.
      • Pakai pakaian yang sopan apabila berkunjung ke klinik kerajaan.
      • Sila hubungi yang berdekatan untuk maklumat lanjut.
  • Program vaksin percuma ini hanya diperuntukkan kepada 27,000 wanita yang terawal. Setiap klinik mempunyai kuota stok vaksin yang berbeza.

    • Untuk lebih memudahkan urusan, anda boleh hubungi mana-mana cawangan terlebih dahulu sebelum datang untuk pastikan mereka masih mempunyai stok untuk suntikan vaksin ini.

      Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh

  • Jika anda tidak tahu tentang kepentingan suntikan vaksin HPV ini, baca di bawah:

      • Image via
    • Suntikan ini dapat melindungi kedua-dua lelaki dan wanita daripada kanser yang merbahaya disebabkan oleh jangkitan HPV berisiko tinggi, contohnya:

      1. Kanser Serviks: Hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh HPV

      2. Kanser Anal: Kira-kira 95% daripada kanser Anal disebabkan oleh HPV

      3. Kanser Oropharyngeal: Iaitu kanser bahagian tengah tekak, termasuk lelangit, pangkal lidah, dan tonsil. Kira-kira 70% adalah disebabkan oleh HPV juga

      Oleh itu, anda diwajibkan untuk mengambil suntikan ini sebanyak setahun sekali untuk mengelakkan daripada diserang penyakit berbahaya.

  • Kongsi artikel ini kepada rakan-rakan dan keluarga untuk segera mengambil suntikan ini di yang berdekatan.

    First come, first serve ya!

      • Image via
  • LIKE dan follow SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Malangnya, banyak pula isu yang timbul tahun lepas:

  • Dapat HPV free, duit pun jimat. Apa lagi, simpanlah!

Related posts

Leave a Comment